Friedman (2006) telah
menyatakan bahawa terdapat hubungan yang jelas di antara takrif pihak-pihak
yang berkepentingan. Cara yang biasa bagi membezakan pelbagai jenis pihak-pihak
yang berkepentingan mempertimbangkan kumpulan orang-orang yang mempunyai
hubungann yang kuat dengan organisasi. Kumpulan utama di dalam Stakeholders
ialah :
# Pemegang syer/ Pemilik
# Pekerja
# Pembekal
# Pelanggan
# Komuniti (Masyarakat)
Menurut Friedman (2006), terdapat
individu-individu lain yang dianggap sebagai pihak-pihak yang berkepentingan
iaitu :
# Media
# Orang ramai secara umum
# Perniagaan perkongsian
# Generasi akan datang
# Generasi lama (Pengasas
organisasi)
# Pihak akademik
# Peserta
# Ahli-ahli NGO atau
individu, wakil-wakil pihak berkepentingan
# Wakil-wakil seperti
kesatuan sekerja atau persatuan perdagangan pembekal atau pengedar
# Pembiaya selain daripada
pemegang saham (Jabatan Pemegang, pemegang bon, pemiutang)
# Kerajaan
Siapa stakeholders yang terdapat di dalam sesebuah
organisasi?
Melalui rajah 1.3, dapat
dilihat bahawa stakeholders di dalam organisasi dibahagikan kepada dua
iaitu stakeholders dalaman dan
stakeholders luaran. Ke semua pihak-pihak berkepentingan yang terdapat di dalam
organisasi ini memiliki hubungan yang bertimbal balik dalam memastikan sesebuah
organisasi sentiasa dalam keadaan stabil.
Stakeholder dalaman ialah :
# Pekerja
# Majikan
# Pemilik
Stakeholder luaran ialah :
# Pembekal
# Sosial
# Kerajaan
# Pemiutang
# Pemegang syer
# Pelanggan
Stakeholders
dalaman terdiri daripada pekerja, majikan dan pemilik. Pekerja merupakan
seorang individu yang bekerja di dalam organisasi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan keja yang diarahkan oleh pihak atasan. Pekerja juga
bertanggungjawab dalam memastikan produktiviti organisasi sentiasa meningkat.
Majikan pula merupakan individu yang mempunyai hak dan kuasa terhadap orang
bawahannya. Majikan bertanggungjawab dalam memastikan hak-hak pekejanya terjaga
dan juga memberikan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pekerja dalam
menjalankan tugas mereka sebagai seorang pekerja di dalam organisasi tersebut.
Pihak-pihak
berkepentingan Dalaman pula terdiri daripada pembekal, sosial, kerajaan,
pemiutang, pemegang syer dan pelanggan. Pemerintah di katakana sebagai stakeholder kerana pemerintah mempunyai
kepentingan ke atas aktiviti perusahaan dan wujudnya organisasi sebagai salah
satu elemen sistem sosial dalam sesebuah Negara oleh kerana itu, organisasi
tidak boleh mengabaikan pemerintah dalam menjalankan tanggungjawabnya. Organisasi
merupakan sebahagian daripada sistem sosial yang terdapat dalam sesebuah
Negara. Dalam teori Stakeholder,
organisasi merupakan sebahagian daripada beberapa elemen yang membentuk
masyarakat dalam sistem sosial yang berlaku. Keadaan tersebut kemudian
menciptakan sebuah hubungan timbale balik di antara orgaisasi dan para stakeholder yang bererti organisasi
harus melaksanakan peranaannya secara dua arah bagi memenuhi keperluan
organisasi sendiri maupun stakeholder ianya dalam sebuah sistem
sosial. Hal ini kerana, segala sesuatu yang dihasilkan dan dilakukan oleh
pihak-pihak yang penting di dalam bahagian stakeholder
akan saling mempengaruhi satu dengan yang lainnya.
No comments:
Post a Comment