Thursday, 10 October 2013

Definisi stakeholder

Theory Stakeholders telah diperkenalkan oleh Edward Freeman pada tahun 1988. Pada tahun 1984, Freeman telah mendefinisikan teori Stakeholders sebagai mana-mana individu atau kumpulan yang boleh dipengaruhi dan mempengaruhi pencapaian objektif dalam sesebuah organisasi. Pada tahun 2004, Freeman sekali lagi telah mendefinisikan teori Stakeholders sebagai kumpulan yang penting dalam sesebuah organisasi. Melalui kedua-dua definisi yang diberikan oleh Freeman ini, kita boleh mendefinisikan teori Stakeholders sebagai individu atau kumpulan yang penting dalam sesebuah organisasi di mana kedua-dua kumpulan ini boleh dipengaruhi dan mempengaruhi pencapaian objektif dalam sesebuah organisasi. Pada tahun 2006, Friedman telah menyatakan bahawa organisasi itu sendiri harus dianggap sebagai sebuah kumpulan pemegang kepentingan dan oganisasi perlu meguruskan segala kepentingan, keperluan dan segala-segala butir-butir mereka. Pemikiran pihak berkepentingan ini perlu di penuhi oleh pengurus firma dan dalam situasi lain seorang pengurus harus menguruskan perbadanan itu untuk manfaat pihak-pihak yang berkepentingan dalam memastikan hak-hak mereka penyertaan mereka dalam pembuatan keputusan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment