Pengurusan
hutan secara mapan amat penting dan perlu dilihat dari aspek kefungsiannya
kepada unsur-unsur alam sekitar yang lain. Hutan penting sebagai penstabil tanah dan mengatur kitaran hidrologi. Peranan
hutan tidak dapat dinafikan kerana menjadi sumber bekalan oksigen dan menyerap
karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia dan kenderaan. Sebanyak 37 juta
hektar hutan telah dimusnahkan sepanjang lima tahun belakangan ini (FAO dalam
Era Hijau, 2011). Keadaan ini menyebabkan hutan lesap dan kayu-kayu keras yang
bernilai tinggi habis diambil dalam masa yang singkat. Oleh itu, dalam mengurus
hutan secara mapan, faktor fungsi dan peranan hutan perlu diambil kira dan
ianya amat penting untuk membantu mengatur kitaran air secara berterusan dan
lancar.
Melalui
pengurusan hutan secara mapan, proses hakisan akan dapat dikawal. Pokok-pokok
hutan mempunyai akar yang panjang dan kuat serta mampu mencengkam dan mengikat
tanah dengan baik. Oleh itu, apabila hujan turun, curahan hujan tidak dapat
menghakis dan membawa butiran tanah mengalir ke kawasan rendah dan memasuki
sungai atau alur-alur sungai. Dengan menekankan pengurusan hutan secara mapan
di Sabah, maka hasil hutan tidak akan dengan mudah dibalak dan dikeluarkan.
Perancangan pengeluaran dilaksanakan secara efisien dengan memastikan
penggunaan yang optima terhadap sumber hutan, seperti menggalakkan penuaian dan
pengeluaran balak yang teratur dan sistematik. Selain itu, kaedah kutipan
royalti dan caj-caj lain untuk pengeluaran balak juga dijalankan dengan
sistematik dan efektif.
Di samping
itu, pengurusan hutan secara mapan di Sabah penting untuk menyemai kesedaran
masyarakat terhadap alam sekitar dalam kearah pembangunan mapan. Persidanagan
Rio de Janeiro 1992 menekankan 27 prinsip berhubung dengan pengurusan alam
sekitar secara mapan. Dalam prinsip pertama menerangkan bahawa manusia menjadi
fokus pembangunan mapan. Manusia berhak menikmati kehidupan yang sihat dan
produktif serta harmoni dengan alam sekitar. Oleh itu, generasi muda amat
memerlukan hutan sebagai penjamin kehidupan yang selesa dan harmoni pada masa
akan datang. Sebagai contohnya, pengwujudan program Sekolah Lestari – Anugerah
Alam Sekitar di Pensiangan Sabah di mana lapan sekolah termasuk sekolah
menengah dan rendah telah dipilih untuk menjalankan program ini.
Fokus dan
matlamat dalam program ini ialah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada
pelajar-pelajar dengan memberi pemahaman mengenai konsep-konsep kesejahteraan
alam sekitar dan pembangunan lestari selaras dengan Prinsip Pembangunan Mapan
dalam Agenda 21 Rio (JAS, 2004). Dalam
melaksanakan pengurusan hutan mapan, aspek pendidikan dan kesedaran untuk
memelihara dan memulihara hutan perlu disemai dalam diri generasi muda supaya
mereka mempunyai pengetahuan mengenai hal ini. Antara aktiviti yang
dilaksanakan ialah seperti membuat taman herba, kempen kitar semula, amalan 5R
(Rethink, Repair, Reduce, Reuse dan
Recycle), perkhemahan hutan, pameran alam sekitar dan lain-lain.
Kepentingan
pengurusan hutan secara mapan di Sabah juga adalah bagi mengawal aktiviti
pembalakan dan pembangunan drastik. Dalam mengawal aktiviti pembalakan secara
efektif dan sistematik, kerjasama daripada pelbagai merupakan matlamat kerajaan
Sabah untuk mencapai SFM (Sustainable
Forest Management). Untuk mencapai matlamat tersebut juga, plan perancangan
hutan (FMP) perlu dilaksanakan dalam
menjamin keberterusan operasi pengurusan
melalui fokus pengurusan dan menyediakan kaedah penyeliaan asas dan kawalan
aktiviti hutan di Sabah. FMP melibatkan dua aspek iaitu operasi dan
pengurusan sumber. Aspek operasi adalah seperti penuaian, penanaman semula dan
silvikultur. Manakala pengurusan sumber iaitu melibatkan
kualiti, pertumbuhan pokok. Hasil daripada pengurusan ini, maka satu laporan
plan pengurusan tahunan atau Annual Work
Plan (AWP) akan dihantar ke Sabah
Forest Department (SFD) untuk dikaji dan dianalisis. Selain itu,
pelaksanaan teknik Reduce Impact Logging (RIL) turut diaplikasikan dalam
penghasilan balak.
Deramakot
Forest Reserve (DRF) misalnya telah mengaplikasikan teknik ini dalam aktiviti
mengeluarkan balak dan ianya telah diurus dengan baik. Pokok yang dibalak akan
dibawa keluar melalui Comprehensive Harvesting Plan (CHP) yang
meliputi aktiviti menanda arah jatuhan pokok, pelan rangka kerja laluan membawa
keluar balak dari lokasi jatuhan hingga ke kawasan luar, tidak menjalankan
aktiviti pembalakan ketika hujan. Oleh itu, semua pelan dan kaedah ini amat
penting bagi mengurangkan impak ke atas
tanah dan hidupan dalam hutan. Hal ini kerana penggunaan kaedah lama seperti
jentera berat akan melonggarkan struktur tanah dan memusnahkan segala pokok dan
hidupan lain di sepanjang laluan pembalakan berbanding jika diurus melalui RIL
No comments:
Post a Comment