Penguatkuasaan undang-undang
Langkah ini bertujuan
untuk memastikan Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan Hutan 1969 dikemaskini selalu
dan dikuatkuasakan sepenuhnya untuk menyokong keberkesanan perlaksanaan
Pengurusan Hutan Mampan berdasarkan:
· Membentuk komiti yang
diketuai oleh Pejabat Peguam Negeri untuk mengkaji perundangan jutan setiap 6
bulan
· Mencadangkan kepada
Jawatankuasa Menteri mengenai Dasar Perhutanan jika ada keperluan tambahan
kepada peraturan
· Mewujudkan dan menguatkan
pasukan penguatkuasaan dalam semua daerah Perhutanan
· Meningkatkan operasi khusus
ke atas aktiviti kesalahan hutan dengan bantuan pihak polis dan tentera
· Mengambil tindakan disiplin
ke atas kakitangan Jabatan Perhutanan yang didapati terlibat dengan kesalahan
hutan dan
· Memohon bantuan dari
Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah yang melibatkan pekerja asing yang
terlibat dalam kesalahan hutan agar penyelesaian secara diplomatik dapat
dicapai.
Perlindungan
Perlindungan
merupakan aspek yang penting bagi memastikan ekosistem di dalam hutan tidak
terancam. Oleh yang demikian langkah yang proaktif haruslah diambil bagi
menjamin permasalahan terhadap sumber hutan tidak akan berlaku. Wujudnya
keperlbagaian akta perlindungan hutan dapat memastikan pencerobohan hutan tidak
dapat dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Selain itu , kegiatan seperti
pertanian pindah secara haram haruslah dibendung dengan cara memindahkan mereka
ke penempatan yang disediakan dalam program perhutanan masyarakat.
Mengadakan kempen alam sekitar
Kesedaran yang harus
dipupuk bukan sahaja dalam kalangan pembalak atau peneroka hutan, namun ianya
juga harus diterapkan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat
umur. Kesedaran ini harus dipupuk bagi memastikan permasalahan ini dapat
dibendung. Kempen seperti tanam semula pokok merupakan salah satu bentuk kempen
yang harus dilakukan bagi menggalakkan dan memupuk semangat cintakan alam
sekitar di kalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment