AKU terdengar pintu diselak dari
luar, tidak lama kemudian muncul Mak Airil. Cepat-cepat aku menyeka airmata
yang jatuh di pipi. Mak Airil yang sedar dengan perbuatanku hanya tersenyum.
Dari pandangan matanya jelas menunjukkan kesedihan yang dia alami.
Masing-masing sepi, memandang sekujur tubuh dia atas katil.
Terimbas kembali kenangan lalu..
SURAT di tanggan ku genggam erat.
Seminit yang lalu se0rang budak perempuan memberikannya kepadaku. Tidak pula
dia memberitahu siapa pengirimnya. Dia terus berlalu dengan senyuman yang
manis. Pelik! Aku membaca tulisan tertera di atas sampul surat tersebut.
Hanya Untukmu “Fifie Arissa”
Masuk hari ini sudah 3 surat yang sama dia terima. Sebijik! Dari jenis
sampul suratnya yang terdapat bunga-bunga pink. Tahulah dia, ianya dari orang
yang sama. Mindaku terus terbayangkan surat-surat yang diterima sebelum ini.
Masih tersimpan kemas di dalam laci almari miliknya. Langsung tidak pernah
dibuka. Pernah juga dia ingin tahu apa yang terkandung dalam surat tu. “Tp..
Malaslah nak fikir!”
Di simpan surat tersebut di dalam beg sek0lah. Lantas aku meneruskan
langkah ke kedai buku yang berada di depanku. Sudah menjadi rutin harianku
singgah ke kedai buku sebelum balik ke rumah. Lebih-lebih lagi semenjak ada
ruang khas untuk membaca yang disediakan untuk para pelanggan. Di samping itu
dapat juga aku membeli bahan bacaan yang lain atau novel-n0vel yang berkenaan
di hati.
Aku masuk ke kedai buku lantas melabuhkan punggung di ruang pembacaan
yang disediakan. Terasa letih rasanya kaki ini berjalan. Di tambah lagi dengan
matahari yang terik kat luar sana. Salahku juga kerana terlupa membawa payung. Selepas
menghilangkan rasa penat yang ada, aku berjalan ke rak sebelah kiri.
Melihat-lihat kalau ada bahan pembacaan yang menarik minatku hari ini. Tengah
leka memilih bahan bacaan yang sesuai, terasa diriku diperhatikan. Aku men0leh
ke kiri lepas tu ke kanan. Tiada apa-apa. Yang ada cuma pekerja kedai buku yang
leka membuat hal masing-masing“Ah! Perasaanku saja..” desis hati keciku.
Dari rak sebelah kanan, terdapat sepasang
mata yang memandangnya. Mata tersebut hanya memerhatikan tingkah laku Fifie
Arissa dari jauh. “Comelnya..” desisi hati pemilik sang mata. Apabila perasan
gadis yang dilihatnya men0leh ke kiri ke kanan. Cepat-cepat dia berlagak
membuat hal sendiri. “Mungkin dia perasan dirinya di perhatikan” bisiknya
pelahan.
Airil Hakimi se0rang pemuda yang
segak dan bergaya, bekulit sawo matang dan mempunyai lesung pipit di pipi membuatkan
sesiapa saja yang memandangnya akan terpikat dengan senyumannya. Sememangnya
dia mempunyai ramai peminat di sek0lahnya. Tapi dia cuma terpes0na dengan Fifie
Arissa, bukan hanya kerana kecantikkan yang gadis itu miliki tetapi juga nilai-nilai
mahmmudah yang ada dalam dirinya.
To be continue..
No comments:
Post a Comment