SELESAI menunaikan s0lat Isyak.
Aku mengambil tempat di meja belajar. Niat di hati ingin menyelesaikan homework yang cikgu Salleh beri
pagi tadi. Niatku terbantut apabila ternampak surat yang aku letakkan di dalam
beg tengahari tadi. Teringat kembali surat-surat yang aku simpan di dalam laci
minggu lalu. Lantas aku berdiri menuju ke arah almari. Aku belek-belek surat
yang berada di tanganku. Hati ini menjerit-jerit ingin mengetahui apa yang
terkandung di dalam surat tersebut. Lantas aku capai surat pertama yang pernah
di berikan. Aku k0yak bahagian atas surat tersebut lalu mengeluarkan isi di
dalamnya. “Sekeping kad?” Dahiku berkerut. Ku baca dengan perlahan apa yang
ditulis.
Assalammualaikumm..
Fifie Arissa..
Izinkan saya untuk mengenali awak dengan lebih dekat.
Fr0m ; Your Secret Admire
Aku buka surat yang kedua,
Assalammualaikum..
Fifie Arissa..
Comelnya awak hari ini..
Kalaulah awak dekat dgn saya..
Saya cubit-cubit pipi awak..
Fr0m
; y0ur Secret Admire
Berkerut dahiku apabila selesai membaca
surat yang kedua. Rasa nak tergelak pun ada juga. “Apa kena la dengan mamat ni,
jiwang tak bertempat” desis hatiku.
Assalammualaikumm..
Fifie Arissa..
Pandangan mata awak membuatkan saya terjatuh..
Ya.. Saya dah jatuh..
Jatuh cinta dengan awak..:)
Fr0m ; Y0ur Secret Admire
Tersenyum aku membaca bait-bait kata yang
tertulis. Dalam hati aku berkata “Siapa agaknya pemilik surat ini”. Tengah
disibuk melayani perasaan, aku di kejutkan 0leh bunyi handpone menandakan ada mesej masuk. Cepat-cepat aku mendapatkan
handphone dan membuka “lock”. Mesej yang tertera ku baca pelahan.
Assalammualaikum..
Fifie jgn lupa janji esok ya..:)
Teringat janjiku dengan kawan baikku
Mimie. Kat dalam kelas tadi dia beria-ia mengajakku ke perpustakaan hari esok.
Katanya ingin mencari buku rujukan tambahan untuk pembentangan minggu depan.
SEPERTI yang dijanjikan. Awal-awal pagi lagi
aku sudah terjegat di depan pintu perpustakaan. Lima belas minit kemudian baru
Mimie muncul dengan tergopoh-gopoh dengan beg sandangnya.
“Sorry.. Traffic Jem..” katanya kepadaku
“Traffic yang jem atau mata kau yg jem..
Tak b0leh buka??” jawabku kepadanya.
“Hihihi.. S0rry Fie..” jawabnya sambil
tersengih-sengih memandangku.
Aku xkisah dengan semua tu sebab dah
faham sangat dengan perangai kawan baikku yang s0rang ni. Dari dulu sampai
sekarang sama saja. Tak pernah nak berubah. Selepas selesai menulis nama kat depan kaunter,
kami terus naik ke tingkat atas perpustakaan. Kami mengambil tempat duduk
berdekatan dengan tingkap. Mimie kata, duduk kat sini best sebab tak sejuk
sangat, tak bising, lepas tu kalau bosan tengok buku boleh tengok
pemandangan kat luar tingkap. Sekali-sekala boleh diterima pakai juga apa yg
Mimie cakap.
Selesai
meletakkan beg, Mimie terus bergegas ke rak hujung. Rak yang menempatkan
buku-buku untuk matapelajaran sains. Aku pula masih lagi setia di tempat duduk
sambil memerhatikan kawasan sekeliling perpustakaan. Di tingkat bawah ada
beberapa orang kanak-kanak yang tengah leka membaca buku bersama-sama ibu bapa
masing-masing. Di sudut sebelah kanan pula ada se0rang lelaki warga India
tengah sibuk membaca surat khabar. Pandangan aku terhenti kepada se0rang lelaki
yang tengah khusyuk membaca buku di sudut sebelah kiri. Bukan kerana
kekacakkannya. Tapi kerana buku yang berada di tangannya. Buku keluaran terbaru
Ramlee Awang Murshid, Rayyan Fantasi. Dah lama aku mencari buku tersebut, tapi
sampai sekarang aku masih belum memlilikinya.
Seharian di perpustakaan, slide pembentangan pun sudah siap
sepenuhnya. Mimie meminta diri untuk pergi ke tandas sebelum beredar. Sementara
menunggu Mimie, aku mengemaskan buku-buku di atas meja.
“Assalammualaikum”
Tersentak aku apabila mendengar suara memberi salam.
“Walaikumsalam” aku menjawab
salam dan melihat kearah datangnya suara tersebut.
Berkerut dahiku apabila melihat
orang yang berdiri di depanku. “Rasanya aku tak pernah jumpa lelaki ni” desis
hatiku. Sebaik saja melihat buku yang berada dalam gengamnya, terus aku
teringat kepada lelaki yang duduk kat sudut sebelah kiri perpustakaan tadi. “Ya..
Dialah orangnya”.
“Fifie Arissa??” s0alnya kepadaku..
Dahiku yang berkerut tadi tambah berkerut
lagi. “Dia tahu namaku?” “Pelik! Bagaimana 0rang yang aku tak kenal boleh tahu
nama aku?” desis hatiku. Perasaan dengan perubahan pada wajahku. Dia
mula bersuara “Awak pelik ya? Mesti awak tertanya-tanya, bagaimana saya tahu
nama awak?” Lantas dia meyerahkan sebatang pen kepadaku.
“Aduyaaiii.. Malunya, di mana nak letak
muka ni.. Macam mana pula dia boleh tahu apa yang aku cakap dalam hati..”. “Memanglah
dia tahu nama aku.. Dah terang-terang ada namaku yg tertulis kat pen ni. Bila
masa pula pen ni tercicir, patutlah aku cari-cari tadi tak jumpa”
To be continue..
No comments:
Post a Comment