Tuesday, 21 May 2013

Aku Si Gadis Kamera (Chapter 4)

DARI jauh aku melihat se0rang perempuan melambai-lambaikan tangan ke arahku. Cepat-cepat aku menuju ke arahnya selepas meletakkan keretaku di tempat parking yang telah disediakan. Dapat aku lihat wajah kusam di wajahnya. Terdetik persoalan di dalam hati. Kenapakah dia bersedih? Apa sebenarnya yang berlaku?.
     "Assalammualaikum makcik" aku menghulurkan tangan dan mencium tangan wanita itu. Dah terlalu lama aku tidak mencium tangan itu setelah Airil memutuskan hubungan denganku.
     "Walaikumsalam Arissa" dari dulu lagi Mak Airil lebih selesa menggunakan nama keduaku.
     "Makcik sihat?" s0alku.
    "Alhamdulillah sihat" sambil tersenyum dia mengusap2 kepalaku. Dari air mukanya nampak sangat terlalu berat beban yang dia tanggung. 
      "Arissa.. Jom kita naik atas" cepat-cepat dia menarik tanganku agar mengikutinya.
     Sepanjang perjalanan ke tingkat atas h0spital dia cuma diam. Tiada sepatah ayat pun yang keluar dari mulutnya. Aku pula seperti orang kehilangan anak. Tak tentu arah. Terlalu banyak persoalan yang belum terjawab dari tadi. Ya Allah. Apa sebenarnya yang berlaku.

    MAK Airil menghentikan langkahnya apabila sampai ke sebuah bilik. Aku baca dengan perlahan perkataan yang tertulis di pintu bilik tersebut. "WAD ICU". Kepala ini semangkin ligat berfikir. Mencari jawapan yang tidak mungkin akan diperolehi ketika otak ini berserabut.
    "Arissa.. Masuklah.." Mak Airil mempelawa aku untuk masuk ke dalam.
     Aku tersedar dari lamunanku. Tanpa dipaksa aku terus menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang diberikan.

AKU melangkahkan kaki masuk ke dalam. Aku melihat sekujur tubuh di baluti oleh selimut sehingga paras dada. Aku gagahi kakiku untuk pergi lebih dekat lagi. Saat melihat wajah kepunyaan sekujur tubuh itu, aku terasa ingin pitam. Wajah yang sering aku rindui. wajah yang pernah mendapat tempat dihatiku. Wajah yang sering menghadiahkan senyuman buatku.
    "Airil Hakimi...."
Seluruh tubuhku terasa menggeletar. Terasa diriku bergitu lemah pada saat ini. Mataku mula berkaca. Air jernih yang ditahan akhirnya mengalir keluar. Ya Allah. Dugaan apa lagi yang engkau berikan kepada diriku ini.

To be continue..

No comments:

Post a Comment