Pengurusan
hutan secara mapan dilihat sebagai salah satu cara ataupun langkah yang penting
dalam membantu mengekalkan ekosistem biodiversiti yang pelbagai di negara ini.
Terdapat beberapa kepentingan ataupun mengapa pengurusan hutan yang dibuat
secara mapan dilihat penting dan mustahak untuk dilakukan.
Pertama adalah
kepada aspek haiwan ataupun hidupan liar yang terkandung dan hidup di dalam
persekitaran ekosistem hutan. Hal ini adalah kerana sesuatu persekitaran tempat
tinggal ataupun habitat haiwan liar ini adalah penting kepada haiwan tersebut.
Malahan menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Michigan, Amerika
Syarikat, berdasarkan laporan Berita Harian keluaran Mac 2001 mengatakan bahawa
hidupan liar lebih mengutamakan habitat berbanding makanan. Kajian ini
dijalankan pada musim sejuk dan berpandukan kepada rusa yang hidup di kawasan
kajian yang didapati tidak meninggalkan tempat tinggalnya iaitu habitat
walaupun terdapatnya makanan berhampiran tempat tinggal tersebut.
Tambahan pula,
menurut pensyarah Fakulti Perhutanan Universiti Putera Malaysia (UPM), Dr,
Mohamed Zakaria Hussin, pembalakan dan juga pelbagai aktiviti yang menyumbang
kepada kemusnahan hutan akan menyumbang kepada masalah seperti kemusnahan
habitat yang menyebabkan masalah pembiakan dan tumbesaran sesuatu spesies
haiwan liar ini. Misalnya, pembiakan burung-burung liar. Malahan dikatakan
bahawa hampir 80% habitat burung adalah di kawasan hutan. Hal ini adalah kerana
kemusnahan hutan ini menyebabkan perubahan suhu di kawasan sekitar berubah
secara drastik dan juga menyebabkan sumber makanan bagi burung-burung ini kian
berkurangan. Sebagai contohnya, spesies rhinocerious
hornbills dan juga spesies bablers dikatakan kian berkurangan dan ada juga
spesies burung yang sudah pupus di Malaysia. Antaranya burung merak hijau dan
Badak Jawa.
Kedua adalah,
pengurusan hutan secara mapan akan mampu mengatasi masalah dari segi
kepentingan takungan ataupun tadahan air. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa
kawasan hutan merupakan kawasan tadahan air yang amat penting dalam menentukan
kitaran pusingan air. Dengan adanya, pengawalan dan juga pengurusan hutan
secara mapan akan mampu memastikan kawasan hutan dapat dilindungi dalam
membantu pengaliran dan proses tadahan air. Penebangan dan pemusnahan kawasan
hutan secara berleluasa akan memudaratkan dan mendedahkan permukaan bumi secara
langsung kepada air hujan. Air hujan yang jatuh ini tidak akan menyerap ke
dalam tanah, sebaliknya akan jatuh pada permukaan dan airnya menyebabkan
implikasi kepada perkara lain seperti tanah runtuh.
Pada tahun
1997, apabila kesan polisi pengurusan hutan secara mapan telah timbul,
hutan-hutan yang terdapat di kawasan Sabah diuruskan berdasarkan beberapa asas
dalam pengurusan hutan supaya dapat menglestarikan keluasan hutan, kualiti
hutan, produktiviti hutan dan sebagainya. Pengurusan sumber hutan secara mapan
(Garner, 2010) penting supaya dapat menglestarikan dari segi aspek ekonomi,
sosial dan persekitaran yang memberi faedah kepada manusia. Dari segi aspek
ekonomi, hutan mampu menyumbangkan sejumlah yang besar dalam membangunkan
ekonomi negara. Sebagai contoh, pengumpulan tumbuhan liar untuk tujuan
perubatan.
Sabah
mempunyai pelbagai jenis tumbuhan liar yang digunakan sebagai ubat-ubatan yang
terdahulunya digunakan secara tradisional. Antara tumbuhan liar yang senang
didapati ialah hempedu bumi (nama saintifik: Andrographis Paniculata). Tumbuhan tersebut tumbuh secara semula
jadi dan hanya dijumpai di dalam kawasan hutan yang bersuhu sederhana seperti
di Sabah. Kegunaan tumbuhan tersebut telah digunakan secara universal oleh
beberapa pakar perubatan dari seluruh negara. Manakala dari aspek sosial pula,
pengurusan hutan secara mapan di Sabah membolehkan hutan dijadikan sebagai
pusat penyelidikan. Aktiviti seperti lawatan atau untuk tujuan pembangunan dari
segi penyelidikan dapat dijalankan bagi meningkatkan kualiti penyelidikan.
Program
R&D (penyelidikan dan pembangunan) seperti yang digariskan dalam pencapaian
Wawasan 2020 harus dikekalkan bagi meneruskan khazanah warisan untuk generasi
yang akan datang. Sebagai contoh, kawasan hutan yang tidak jauh dari daerah
Tawau, iaitu Maliau Basin, merupakan antara kawasan hutan yang tertua di dunia
selepas hutan di kawasan Amazon. Ini telah membuktikan bahawa hutan di Sabah
tidak jauh beza statusnya dengan hutan di sleuruh dunia. Ramai pelancong asing
telah berpeluang untuk melihat sendiri akan kawasan hutan yang telah
terpelihara kualitinya sejak dari dahulu lagi. Dari segi aspek persekitarannya
pula boleh dijelaskan melalui penjelasan secara saintifik. Hutan penting dalam
membekalkan gas oksigen kepada manusia. Ini adalah kerana hutan dipenuhi dengan
tumbuhan yang melepaskan gas oksigen di samping menyerap gas karbon dioksida.
Gas karbon dioksida tersebut telah dilepaskan oleh manusia melalui sistem
pernafasan. Dengan erti kata lain jika hutan tidak diuruskan secara mapan,
manusia serta hidupan lain akan mengalami ‘hutang oksigen’. Malahan ini juga
akan memberikan kepada habitat binatang terutama yang mempunyai kesukaran dalam
mengadaptasikan diri dengan persekitaran.
No comments:
Post a Comment