Wednesday, 18 September 2013

Syukur Alhamdulillah Dul semakin pulih

Syukur Alhamdulillah.. Dul atau nama penuhnya, Ahmad Abdul Qodir Jaelani, 13 semakin pulih dari kecerderaannya. Dul kini ditempatkan di wad normal selepas beberapa hari berada di wad ICCU Rumah sakit Pondok Indah di daerah Kebayoran Lama, Jakarta Selatan. 

Sebelum ini, persada seni Malaysia dan Indonesia gempar apabila berita anak ketua kumpulan Dewa, Ahmad Dhani terbabit dalam satu kemalangan ngeri yang menyebabkan tujuh kematian di Lebuh Raya Jogorawi di kawasan Bogor pada 8 September lalu.

Kemalangan yang melibatkan putera bongsu Ahmad Dhani hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isteri dan bekas penyanyi kumpulan Ratu, Maia Estianty yang dikenali dengan nama Dul berlaku ketika Dul dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Pondok Indah, Jakarta Selatan dan memandu kereta Mitsubishi Lancer bersama seorang teman rapatnya.

Dalam hal ini, Semua pihak tidak seharusnya menunding jari kearah Dul kerana setiap yang berlaku adalah ketentuan-NYA,


Jangan dilihat manusia yg menjadi “sebab”.. 
Lihat dengan mata hati yang Allah juga menjadi “musabbabil asbab”..












No comments:

Post a Comment