>Assalammualaikumm<
Lama dah nak tulis pasal entry
ini.. Tapi tak pernah kesampaian.. S0 hari ini aku nak update pasal salah satu
tempat menarik yang boleh dijadikan destinasi percutian anda di negeri di Bawah
Bayu.. “Rumah Terbalik” atau “upside-down
house” telah di bina di Kampung Talibong, Tamparuli oleh se0rang lelaki
kelahiran Sabah iaitu Alexander Yee. Beliau telah membelanjakan setengah juta
ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia bagi menyampaikan mesej
alam sekitar.
“Jika kita terus mengeksplotasi sumber semulajadi secara berterusan,
lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’(musnah”,Kata Yee yang
memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di
taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.
Rumah yang berkeluasan 140 kaki
persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik
mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.
Semua barang-barang di dalam
rumah tersebut diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur
memasak dan perikuk nasi di dapur serta mesin jahit.
Bayaran yang dikenakan kepada
pengunjung yang datang adalah seperti berikut :
ORANG DEWASA (RM18)
KANAK-KANAK BERUSIA SEHINGGA 12
TAHUN (RM12)
Apa tunggu lagi?? Jom jadikan
rumah terbalik sebagai salah satu destinasi percutian anda dan keluarga J
Transportation Service in Kota Kinabalu
Just call : 0198612102/ 0198622121
Transportation Service in Kota Kinabalu
Just call : 0198612102/ 0198622121









No comments:
Post a Comment