Friday, 11 October 2013

Desa Dairy Farm, Mesilau Kundasang

>Assalammuaikumm<

Update entry untuk "My Sabah" malam ini aku nak k0ngsikan salah satu tempat menarik di Sabah yang lebih dikenali sebagai Desa Diary Farm, Mesilau Kundasang atau di kenali juga sebagai Desa Cattle (Sabah) Sdn.Bhd. Kawasan tanah tinggi yang berdekatan dengan Gunung Kinabalu. Ladang yang mempunyai keluasan 199 hektar ini terletak di Mesilau Highland, Kundasang. Di mana, perjalanannya hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja dari Kinabalu Park dan 10 minit dari Bandar Kundasang. Perjalannya dari bandar K0ta Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 Jam 30 minit. Ianya bergantung kepada keadaan cuaca.

Pemandangannya yang indah dan sejuk dan berlatarkan lembu-lembunya yang berwarna Itam-Putih akan membuatkan anda seperti berada di New Zealand. Mungkin kalau anda bergambar berlatarkan suasana tersebut dan mengatakan anda berada di New Zealand, semua 0rang akan percaya k0t.. Hihi..:)













Sumber : Google Image
Di bangunan Desa Cattle anda b0leh memperolehi susu lembu fresh dan b0leh mendekati lembu2/kambing2 secara dekat.









Sumber : Google Image

Kepada sesiapa yang ingin bercuti ke sini, Aku sediakan beberapa maklumat untuk rujukan k0rang :)

Desa Cattle (Sabah) Sdn.Bhd,
Mesilau Highland, Kundasang,
Ranau, Sabah.
Tel : 088-889562
Fax : 088-889562
Entrance Fees : RM 4.00 (Dewasa)
 RM 3.00 (Kanak-kanak)

No comments:

Post a Comment