Friday, 13 September 2013

Aku Si Gadis Kamera (Chapter 8)

BAB 5
KOMPUTER di depan aku pandang sepi. “offline”. Selalunya pada masa-masa beginilah Yahoo Messenger aku akan berbunyi menandakan ada mesej masuk. Mesej dari kenalanku yang mengunakan nickname Prince Sunan”. Masuk hari ini sudah masuk 3 bulan aku mengenalinya, terlalu banyak misteri yang disembunyikan oleh lelaki ini kerana sehingga kini aku masih tidak mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Teringat masa mula-mula aku berkenalan dengan dirinya melalui YM. Masa tu aku masih kekok lagi ingin berchatting dengannya. Sebab Mak selalu pesan, jangan dilayan orang yang tidak dikenali. Tetapi lama kelamaan aku mula rapat dengan dia lagipun aku dapat rasakan dia bukan macam lelaki-lelaki lain yang hanya ingin mengambil kesempatan.
      Sejam berlalu, tiada tanda lagi yang menunjukkan dia “online”. Terasa sunyi pula malam ini tanpa kata-kata gurauan darinya. Kata-kata gurauannya selalunya akan membuatkan aku ketawa sendiri di hadapan komputer. Bunyi YM masuk membuatkan aku tersentak!

Prince Sunan : Buzz!!!

    Tersenyum aku melihat nama yang tertera.
   
Prince Sunan : Assalammualaikumm awak!
Princess Arissa :Walaikumsalam 
Princess Sunan : Maafkan saya, sebab buat awak menunggu.. Awak, awak dah makan?
Princess Arissa : Takpa awak.. Saya dah makan, lepas s0lat tadi.. Awak?
Prince Sunan : Belum lagi.
Princess Arissa : Kenapa xmkn lagi awak?
Prince Sunan : Dah awak tak masak, nak makan apa? :D
Princess Arissa : Awak ni kan.. Hehe..
Prince Sunan : Awak, terima kasih sebab sudi menjadi teman saya walaupun hanya melalui alam maya.. 
Princess Arissa : Sama-sama awak.. 
Prince Sunan : Awak! Kalau awak dapat tahu saya orang yang istimewa, masihkah awak akan layan sy baik mcm ini?
Princess Arissa : Awak, paras rupa atau bntuk fizikal itu bukan                                          segala2nya, Itu milik Allah, bila2 masa saja dia akan                              ambil semula.
Prince Sunan : Awak, kalau boleh saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi..:)

Aku hanya tersenyum membaca mesej yang tertera. “awak, mesti awak se0rang yang baik hati kan, tiga bulan mengenali awak terasa macam dah kenal awak lama” aku berbisik pelahan.

To be continued.....:)


No comments:

Post a Comment