Tuesday, 11 June 2013

Aku Si Gadis Kamera (Chapter 7)

SELESAI waktu persekolahan hari ini aku mengambil keputusan untuk singgah ke kedai buku. Tidak sabar rasanya ingin memiliki novel terbaru Ramlee Awang Murshid, “Rayyan Fantasi”. Sebenarnya dah dekat seminggu keluar, tapi disebabkan oleh sambutan yang jitu daripada peminat-peminat n0vel menyebabkannya menjadi rebutan ramai di setiap kedai buku. Nasib baik aku ada meninggalkan nombor handphone dengan abang yang berkerja dekat kedai buku yang selalu aku kunjungi. Aku dah tinggalkan pesan kat abang tu, kalau buku itu dah sampai inform denganku pada kadar yang segera. Awal-awal pagi tadi abang tu call aku, dia bagitahu yang stok baru untuk novel itu dah sampai.

          Sebelum pergi ke kedai buku, aku singgah ke kedai sebelah terlebih dahulu disebabkan keinginan yang tinggi untuk makan chocolate cardbury. Dari semalam tekakku ini teringin menjamah benda manis seperti chocolate.. Aku masuk ke Mini supermarket yang terletak di sebelah kedai buku. Aku capai Cardbury Hazelnut di rak yg telah dikhaskan untuk chocolate. Lantas aku ke kaunter untuk membuat pembayaran.

          Aku capai beg duit yang aku simpan di dalam beg sekolah. “Errkk!?” aku mulai cemas. Sudah berkali-kali aku membelek-belek buku-buku di dalam beg, tapi bayang dompet aku masih tidak kelihatan. Aku teringat dengan not lima puluh ringgit yang ayah bagi semalam, kalau tak silap not tersebut aku simpan di dalam kota pensil. Cepat-cepat aku mencapai dan membukanya. “Syukur Alhamdulillah” lega rasanya. Nasib baik ada, kalau tiada tak pasal-pasal nanti aku di halau keluar. Cashier kedai tersebut hanya tersenyum melihat gelagatku.

          Selesai membayar, aku segera keluar dari kedai tersebut. Melilau mataku kekiri ke kanan, melihat kalau ada  dompetku tercicir di kawasan berkenaan. Selepas memastikan tidak ada bayang dompetku, laju-laju aku berjalan mengikut laluan sama yang aku lalu tadi.

          “Alamak!” Langkahku terhenti apabila tersedar yang aku telah terlanggar sesuatu. Sungguh! Aku tak sedar yang aku telah terlanggar sese0rang. Kerana terkejut aku terus berdiri tegak. “Aduuiiii” pemilik tubuh di depanku mengerang kesakitan. Mana tidaknya, reaksi sp0ntan aku berdiri tegak telah menyebabkan kepalaku terhentak kat dagunya. Wajahku angkat perlahan. Sepasang mata memandangku.

          “Ma.. maa.. Maaf saya tak senaja” tergagap-gagap aku memohon maaf kepadanya. Namun lelaki tadi masih lagi kaku berdiri. Tangan kanan kemas memegang dagunya yang terhentak tadi. Dari raut wajahnya yang berkerut menunjukkan bahawa dia dalam kesakitan. Rasa bersalah menyelubungi diri.

          Aduyaiii! Fifie Arissa! Kenapa la kau berjalan tak tengok kiri kanan. Kalau tak semuanya tidak akan jadi macam ni. Disebabkan panik gara-gara dompet tercicir. Lelaki kat depan kau ni yang jadi mangsa! Abis la aku kali ini. Jika lelaki kat depan aku ni bertindak memarahi aku kat tempat umum macam ini. Aku terima. Dah memang salah aku. Aku tenung wajah lelaki yang berada di depanku dengan rasa simpati. Kacaknya mamat ni!

          “Awak.. Nah!” katanya kepadaku sambil menghulurkan sesuatu mengunakkan tangan kirinya. Tangan kanannya masih lagi memegang dagunya yang sakit.
          Tercenggang aku melihat barang yang dihulurkan. Dompetku! Macam mana boleh berada di tangannya? Tanpa memikirkan keadaan lelaki itu yang kesakitan.
          “Dussshh!” Sebijik tumbukan aku hadiahkan di perutnya.
          “Arrkkkk! “ Lelaki tersebut mengerang kesakitan menyebabkannya terduduk. Tangan kirinya di letakkan atas perut.

          Padan muka awak! Awak yang curi d0mpet saya ya? Sekarang rasakan tumbukan padu dari saya. Padu? Haha! Macam kuat! Pukul nyamuk pun tak mati!

          “Awak! Kenapa tumbuk saya? Saya tak curi pun d0mpet awak. D0mpet awak tercicir, S0 saya nak kembalikan semula dengan awak.” Bisiknya pelahan.
          OMG! Aku telah melakukan kesilapan yang kedua. Padan dengan muka aku. Melakukan sesuatu dengan terburu-buru! Malunya! Di mana nak s0r0k muka aku ni!
          “Awak” Panggilku lembut sambil membuat muka simpati untuk yang kedua kalinya.
          “Maafkan saya sekali lagi” Kataku kepadanya
          “Tak apa awak. Saya tak marahkan awak.” Jawabnya perlahan sembil tersenyum walaupun aku tahu dia berada dalam kesakitan.
          Baiknya hati lelaki kat depanku ini. Kalau terkena dengan lelaki yang panasa baran. Alamatnya di maki hamun la aku. Tanpa berfikir panjang aku membantunya untuk berdiri. Lupa sejenak tentang “Rayyan Fantasi” yang tengah menunggu kedatanganku.
          “Awak, saya bawa awak ke klinik ya?” s0alku dengan rasa bersalah.
          “Tak apa awak, sakit sikit je ni. Tak cerdera pun” jawabnya

          Kami berjalan beriringan ke restoran sebelah jalan. Kesian pula bila aku lihat dia masih lagi mengosok-gosok dagunya. Pasti sakit! Perasan yang aku tengah merenung dagunya. Dia tersenyum kepadaku. Cair hati ini melihat senyumannya. Ditambah lagi dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. S0 sweet! Eh! Kejap! Rasanya aku pernah nampak dia sebelum ini. Tapi di mana ya? Ligat otak ini mencari jawapan.


 To be continue...

No comments:

Post a Comment