Saturday, 4 May 2013

Makcik.. Kami Sayangkan Makcik..

>Assalammualaikumm<



Hari ini dah masuk hari ke-5 makcik di tahan di H0spital Likas.. Makcik ada masalah ketumbuhan dalam perut, d0kt0r cakap ketumbuhan tu dah membesar & dah sampai tahap 3.

Pagi tadi dapat panggilan dari akak sepupu, dia kata makcik masuk ICU.. Denyutan jantung makcik tiba2 berhenti.. Kami pun bergegas ke h0spital. Sampai di h0spital aku melihat abang, akak, sepupu2 semua masih menunggu di ruang ICU. Aku gagahi diri ini menuju ke arah mereka.

Kami masih menunggu di ruang depan ICU.. Dua jam kemudian baru d0kt0r yg merawat makcik keluar.. D0kt0r kata.. Mereka dah berikan CPR kepada makci & jantung makcik kembali berdenyut semula tetapi lemah.. Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana masih membenarkan makcik untuk terus bernafas di muka bumi ini.. 

Tetapi.. 

D0kt0r kata keadaan makcik kritikal sangat.. Makcik memerlukan pengawasan setiap jam.. Pengawasan 72 jam akan dilakukan kepada makcik untuk melihat perubahannya dari semasa ke semasa.. Jika keadaan makcik masih lagi sama.. D0kt0r menasihati kami agar mampu menerima kenyataan..

Kami dibenarkan melawat makci di ruang ICU.. Bergilir2 masuk melihat keadaan makcik.. Dari luar aku dengar surah Yasin di bacakan.. Ku gagahi diri ini masuk untuk melihat keadaan makcik.. Aku buka pintu & terus menuju ke katil makcik.. 

Ya Allah.. Hati ini sebak.. Airmata yang ditahan2 akhirnya mengalir keluar.. Tidak tahan melihat keadaan makcik..

Ya Allah.. Kau berikanlah kekuatan kepada makcik untuk terus bertahan.. Makcik.. Bertahanlah.. Kami semua sayangkan makcik...

>Wassalam<


No comments:

Post a Comment