Saturday, 18 May 2013

Aku Si Gadis Kamera (Chapter 3)

TIGA bulan berlalu. Syukur Alhamdulillah aku sudah mampu untuk menerima hakikat yang sebenar. Dia bukan jodohku. Selama tiga bulan ini juga aku tiada menerima apa-apa berita dari dirinya. SMS & E-mail yang aku hantar kepadanya semuanya tidak berbalas. Gambar aku dan dia masih lagi kemas tergantung di dalam bilikku. Mungkin benar kata Syiela. Dia dah ada pengganti diriku. Seminggu yg lepas Syiela kawan baikku ada memberitahuku yang di ternampak Airil dan seorang perempuan berjalan bersama. Tak mungkin itu adik atau kakak perempuannya sebab setahu aku Airil tidak mempunyai adik mahupun kakak.
    Selepas bersarapan dengan Mak aku terus meminta diri untuk pergi ke kuliah. Jam di tangan menunjukkan jam9.30 pagi. Kelas akan bermula jam10.30, s0 masih ada masa sejam untuk aku pergi ke kedai buku untuk membeli novel terbaru Ramlee Awang Murshid. Aku memecutkan kereta kesayangku ke 0ne B0rne0 Hypermall. Selesai meletakkan kereta di tempat parking bawah yang dikhaskan wanita-wanita, aku terus bergegas pergi ke kedai buku HARRIS. Sampai di depan kedai buku, aku terus ke tempat yg dikhaskan untuk n0vel-n0vel melayu. Mataku ligat mencari n0vel yang diinginkan. Syukur alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. N0vel "AKU BERCERITA" by Ramlee Awang Murshid. Belum sempat aku mencapai n0vel tersebut, ada tangan lain yang mencapainya dulu.

    "Sorry, Its mine" pemilik tangan tersebut bersuara
    "Eh! Tolong sikit eh! Saya yang jumpa n0vel tu dulu!" Kataku kepadanya
    "S0? Memang awk yang jumpa dulu, Tapi saya yang capai dulu n0vel ni. Maksudnya n0vel ni milik saya la!" Katanya sambil tersenyum sinis.
    "N0vel tu saya punya! Saya nak n0vel itu jugak!" Jerkahku kepadanya.
    "Hell0 Cik Adik oi, mcm la n0vel ni tinggal satu jak kan!" Jawabnya lagi
    "Heii En.Abg 0ii! Kalau n0vel tu banyak! Buat apa saya nak berebut dgn awak? Saya p0n tak hinginla bertekak dengan mamat bodoh sombong macam awak ni!" aku meluahkan rasa geramku.
    "Hahaha.. Ada aku kisah? Byeeee.." Jawabnya sambil membawa n0vel tersebut ke kaunter pembayaran.
    "Gerammmnnya!" dengan muka yang sebal aku terus keluar dari kedai buku.

    GARA-GARA mamat poyo di kedai buku tadi aku lewat masuk kuliah. Nasib baiklah Pn.Irma lewat sampai hari ini. Kalau tak, memang kat luar bilik kuliah la tempatku sekarang. Pn.Irma strict cikit kalau bab-bab masa ni. Sepanjang kelas aku tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya. Fikiran aku melayang entah kemana. Rasa geram terhadap mamat poyo tadi pun belum hilang lagi. Melepas lagilah aku untuk memiliki n0vel terbaru Ramlee Awang Murshid. Terpaksa menunggu seminggu lagi.
     Handph0ne di dalam beg berbunyi. Lagu nanyian Today My Life Begin by Burn0 Mars berkumandang di dalam bilik kuliah. Alamak! Aku terlupa silentkan handph0ne. Semua mata memandangku, termasuklah mata  Pn.Irma. Ini gara-gara mamat poyo kat kedai buku tadi la neh, membuatkan aku terlewat ke kuliah dan sampai terlupa nak silentkan handpone. Malunya, cepat-cepat aku dapatkan handphone didalam beg dan meminta izin untuk keluar. Sampai di luar bilik kuliah, handpone berbunyi lagi. Aku lihat ID pemanggil, hanya nombor yang tertera di skrin tiada nama pemanggil. Ragu-ragu aku ingin mengangkat panggilan tersebut. Namun disebabkan risau, manalah tahu panggilan kecemasan dari keluarga. Aku mengambil keputusan untuk mengangkatnya.

     "Assalammualaikumm" suara seorang perempuan memberi salam.
     "Walaikumsalamm" aku menjawab salam tersebut.
     "Boleh saya bercakap dengan Fifie Arissa?" katanya
     "Ya saya. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?" s0alku.
   "Saya Mak Airil Hakimi. Boleh tak kalau Fie pergi ke H0spital Queen Elizebth skrg juga?" katanya kepadaku.
     "Makcik?" Aku tak mampu untuk berkata apa-apa. Ya Allah, sebenarnya yang berlaku.
     "Makcik akan jelaskan dgn Fie apabila Fie sampai kat hospital nanti. Makcik akan tunggu Fie di pintu depan hospital."
     "Baik makcik. Fie akan ke sana sekarang jugak. Assalammualaikum."
     Apa sebenarnya yang berlaku. Terlalu banyak pertanyaan yang tidak terjawab. Dalam perjalanan ke h0spital, pelbagai kemungkinan yang bermain di dalam fikiran.

To be contine....

No comments:

Post a Comment