Friday, 17 May 2013

Aku Si Gadis Kamera (Chapter 1)

>Assalammualaikum<

Malam ini aku cuba berjinak2 dgn dunia penulisan.. Dah terlalu lama ingin menghasilkan karya sendiri.. Ini masanya untuk aku mencuba sesuatu yg baru.. Terimalah.. N0vel pendek b'epis0d yg bertajuk "AKU SI GADIS KAMERA" by Fifie Shazlina M. Enj0y it!

 


MAJLIS perkahwinan abang long baru saja bermula. Terlalu ramai sanak saudara yang aku tidak kenali menghadirkan diri pada majlis kali ini. Suara anak-anak saudaraku menriuhkan lagi suasana yang sudah sememangnya bising. Dari jauh aku lihat ayah sibuk melayan tetamu-tetamu yang datang. Mak pula sibuk memberikan arahan itu dan ini kepada akakku. Aku pula sibuk dengan kamera di tangan. Leka mengambil gambar yang akan diabdikan sebagai kenangan sempena perkahwinan abang long.

     Dari jauh aku melihat Mak tengah melambai-lambaikan tangannya ke arahku. Cepat-cepat aku menuju ke arah Mak. Kalau lambat, alamatnya akan di ceramah lagi lah aku lepas ni. Sampai saja di tempat Mak, Mak segera berbisik ke telingaku.
      "Adik cuba masuk ke bilik abang long, tolong tengokkan kalau ada apa-apa yang abang long perlukan" 
      "Baiklah Mak." Aku menerima arahan Mak dengan anggukkan.
      Aku berjalan menuju ke bilik abang long. Sempat lagi tanganku menyambar air minuman yang dihidangkan di atas meja. Sebaik saja sampai di bilik abang long. Aku lihat abang long sibuk dengan hp samsungnya. Ntah siapa la yang abang long mesej. Mak andam pula tengah sibuk menyediakan apa yang patut.
      "Abang,abang perlukan apa-apa lagi tak?" pertanyaanku membuatkan abang memalingkan kepalanya ke arahku.
      Abang tersenyum melihatku yang tengah berdiri-diri di muka pintu. Terpancar wajah bahagia abang yang akan bergelar suami kepada akak iparku.
    "Alahhaiii, bahagianya abang Fie ni. Cukup-cukup la bermesej tu bang. Takkan lari gunung dikejar." kataku kepada abang.
      "Eleeh! Jel0us la tu." jawab abangku.
      "Tak ada apa yg nak di jel0uskan la en.Abang 0ii!" kataku sambil membuat mimik muka orang yang nak muntah.
     Abang hanya ketawa kecil melihat telatahku. Sayu wajahnya memandangku. Mungkin tengah memikirkan sesuatu. Al-maklumlah,dalam beberapa jam lagi dia akan meninggalkan adik kesayangannya ini. Selepas ini takkan ada lagi orang yang akan bergurau senda denganku.
      "Adik nak tolong abang kan? Adik tolong kemaskan beg pakaian abang kat tepi katil tu" jawab abang.

      JAM di tangan menunjukkan jam1:00 pm. Abang telah pun bersedia dengan keris di pinggang. Segaknya abangku ni, sesuai dengan baju pengantin warna hijau muda. Kata abang, hijau muda ni warna kegemaran bakal akak ipar aku dan warna kegemaran adik kesayangannya. Tak sangka abang masih ingat dengan warna kegemaranku. Terima kasih abang long.
     Berhati-hati abang meminjak anak-anak tangga. Sekejap lagi abang akan dihantar ke rumah pengantin perempuan. Abang diiringi ayah & pakcik. Aku pulak sibuk dengan tugasku sebagai jurukamera.

To be continue......

No comments:

Post a Comment